-Young Photographer
-Simple
-Love to travel
Sudut Mata Saya
Saya mula meminati fotografi sewaktu saya meminjam kamera milik rakan..minat datang secara tidak langsung dalam diri saya
apabila suatu proses perkongsian dalam penglihatan saya berlaku antara rakan-rakan
dan orang sekitar saya.Perkongsian disini lebih kepada apa yang saya lihat dapat
dikongsi bersama dan divisualkan dalam sekeping gambar.tidak kira dari segi situasi, penghayatan, perasaan dan lain-lain.
saya dapat merasakan suatu kepuasan dalam diri saya apabila proses ini berlaku dalam kehidupan
seharian saya…Saya mahu ia terus berlaku dalam kehidupan seharian saya.
Kerana saya seronok dan puas melakukannya.Saya lebih menggemari gambar-gambar
jalanan berbanding gambar dibuat atau direka sendiri keadaannya.
Fotografi pada saya lebih kepada sudut pandangan mata hati
saya tentang sesuatu keadaan atau sebagainya yang difotokan untuk diingati dan disimpan dalam bentuk pejal
ataupun boleh dilihat dengan mata kasar….sepeti mata kita melihat
sesuatu lalu disimpan didalam hati atau kotak memori(fikiran) kita..
saya yakin semua jurugambar atau pencerita gambar mempunyai cara yang berlainan
dalam penyampaian mereka.Kerana setiap “benda” itu ada susun aturnya yang perlu diikuti..tetapi
kreativiti si pembuatnya yang memberi kelainan kepada “benda” tersebut…
maka tidak hairanlah ada berbagai kereta mengikut kelas, makanan yang sama lain rasanya,
cerita yang sama lain penyampainya, bentuk yang sama lain harganya..
Sesuatu keadaan mungkin akan berlaku setiap saat dan hari..
ada juga yang hanya berlaku setahun sekali dan ada juga yang takkan berlaku sampai bila-bila..
maka untunglah bagi jurugambar jika dia dapat memfotokan keadaan demikian
dan dikongsi bersama dimana keadaan itu tidak akan berulang sama sekali.
Seni itu terlalu luas bagi saya..seni itu terlalu mendalam dan kadang-kadang ia sukar difahami
oleh segelintir manusia.hanya manusia yang memikirkannya akan memahami
dan cuba memahami apa itu seni.saya percaya bahawa setiap manusia
mampu memikirkan kesenian sesuatu itu kerana manusia dikurniakan tuhan hati,
fikiran dan perasaan untuk dirasai dan diamati.
” Saya tidak pandai mengambil gambar yang bagus..tetapi saya tahu mengambil gambar itu suatu perkara yang bagus bagi saya”
Hariz Hafiz
